Justin Bieber, Selena Gomez Putus Cinta?

01 Nov 2012

Justin Bieber, Selena Gomez Putus Cinta?

Justin Bieber, Selena Gomez Putus Cinta?Bukan kali pertama gossip pasangan ini berpisah dibicarakan oleh media & para peminat. Tahun ini sahaja rasanya sudah masuk kali ketiga. Dugaan sebagai superstar.

Digital Spy hari ini melaporkan yang sekeping foto dimuatnaik sendiri oleh Justin Bieber dengan caption Lingse dikatakan kiasan tentang hubungan beliau ketika ini.

Dan, semestinya peminat Justin Bieber yang berfikiran kreatif berkata Lingse adalah perkataan lain untuk single,bermakna hubungan dengan Selena Gomez kini berakhir.

Gambar tersebut bagaimanapun tidak dapat bertahan lama di Instagram sebelum dipadam & digantikan dengan sekeping gambar lain kali ini dengan caption Just me.

Gossip putus cinta ini turut disokong dengan fakta yang Justin Bieber dan Selena Gomez sejak akhir akhir ini jarang dilihat bersama. Berita baik untuk fanatik Justin Bieber? Heh.

#01 Justin Bieber & Selena Gomez Putus Cinta - ROTIKAYA

Related Posts
Categories
Tag